6 Sebab Anak Kurang Berat Badan dan Tips Mengatasinya

01/03/2016

6 Sebab Anak Kurang Berat Badan dan Tips Mengatasinya


Assalamualaikum..
 
Kanak-kanak diklasifikasikkan sebagai kurang berat badan apabila graf berat badan untuk umur  berada di lengkok pertumbuhan yang bewarna kuning atau merah iaitu kurang -2SD. Rujuk carta pertumbuhan kanak-kanak WHO 2006 di bawah. Carta ni ibu bapa boleh lihat dalam buku buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak yang biasa dibekalkan oleh hospital atau klinik-klinik kesihatan kepada setiap bayi yang dilahirkan di Malaysia.Di bawah ini contoh rekod anak sulong saya, Mia Qiasara. Alhamdulillah graf cantik.


6 Sebab Anak Kurang Berat Badan dan Tips Mengatasinya, Kanak-Kanak, Cara Mudah Untuk Tambah Tenaga Dalam Makanan Anak, Tips Menggalakkan Anak Makan, Tips Untuk Anak Yang Mengalami Jangkitan Cacing, Tips Beri Makanan Kepada Anak Yang Sedang Sakit, Meal Shakes,


6 Sebab Anak Kurang Berat Badan dan Tips Mengatasinya, Kanak-Kanak, Cara Mudah Untuk Tambah Tenaga Dalam Makanan Anak, Tips Menggalakkan Anak Makan, Tips Untuk Anak Yang Mengalami Jangkitan Cacing, Tips Beri Makanan Kepada Anak Yang Sedang Sakit, Meal Shakes,
  

6 Sebab Anak Kurang Berat badan

  1. Kurang makan makanan yang kaya tenaga seperti nasi, roti, bijirin
  2. Kurang makan makanan kaya protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
  3. Tidak amalkan dengan kerap iaitu 5 hingga 6 kali sehari
  4. Kerap mendapat jangkitan penyakit seperti demam, batuk, selsema
  5. Jangkitan cacing
  6. Kurang penyeliaan atau perhatian semasa makan

Cara Mudah Untuk Tambah Tenaga Dalam Makanan Anak

1. Nasi atau bubur nasi

Tambahkan ikan atau daging atau ayam yang digaul dengan sedikit minyak atau majerin

2. Roti

Disapukan marjerin atau mentega kacang atau keju 
Dicelup telur dan digoreng 
Dicelup dalam susu

3. Biskut Tawar

Disapu marjerin atau mentega kacang atau keju

4. Tepung gandum

Ditambah marjerin campur susu campur telur  campur sayur 
Ditambah telur campur susu campur ikan bilis

5. Ubi 

Digoreng dengan minyak atau marjerin

6. Telur

Digoreng dengan minyak atau marjerin

7. Kekacang 

Digoreng dengan minyak atau marjerin dibuat bubur campur susu dibuat kuih. Contoh kacang hijau

8. susu 

Ditambah serbuk coklat. 

Bagi bayi yang berumur 6 hingga 8 bulan teruskan penyusuan susu ibu sekerap mungkin selepas makan. Bagi bayi berumur 9 hingga 11 tahu bulan, teruskan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi. Untuk bayi di bawah 12 bulan elakkan makanan seperti putih telur, metega kacang dan produk kacang yang lain, makanan bercengkerang dan beberapa jenis ikan tertentu seperti ikan kembung, pari dan keli.

Tips Menggalakkan Anak Makan

1. Rancang menu anak

2. Sentiasa perkenalkan anak dengan makanan baru

3. Libatkan anak dalam penyediaan makanan

4. Beri makanan kegemaran anak

5. Hidangan makanan beraneka warna dan bentuk

6. Guna peralatan makanan yang pelbagai warna warna dan bentuk

7. Elak memberi snek menghampiri waktu makan utama 

8. Elak menyusukan anak menghampiri waktu malam

9. Suap dan beri perhatian semasa anak makan

10. Elakkan memarahi atau memaksa anak makan

11. Beri suplemen atau mutivitamin pada anak

Tips Untuk Anak Yang Mengalami Jangkitan Cacing

Jangkitan cacing berpunca daripada telur cacing yang masuk dari mulut ke perut kanak-kanak. Ada juga telur cacing yang melekat pada tangan anak dan masuk ke dalam perut. Seterusnya membiak dan bersarang di usus perut anak. Jangkitan cacing ini menyebabkan anak kurang selera makan. Makanan yang mengandungi tinggi antibakteria mampu  membunuh cacing-cacing tersebut, seperti biji betik, bawang putih dan biji labu.

Tips Beri Makanan Kepada Anak Yang Sedang Sakit

1. Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap penyusuan. Jika bayi terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

2. Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil. 

3. Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan. Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kandungan kalori. 

4. Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan. 

5. Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka. 

6. Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya. 

7. Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh menyebabkan mereka tercekik.

8. Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan. 

9. Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

 atau isi form di bawah:
Name:
Email Address:
Massage


Create a web form here

0 comments :

Post a Comment

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *