April 2014

11/04/2014

Kenapa Ibu Hamil Mengidam ?


Assalamualaikum...

Saya percaya, majoriti ibu-ibu pernah mengidam semasa mengandung. Kata org tua, ibu mengidam nie sebab anak dalam perut tu yg teringin. Nak tak nak kene cari juga makanan tu, kalau tak nanti takut baby lahir meleleh air liur. hihi. 

Saya dulu mengidam biasa-biasa je. Masa mula-mula pregnant saya mengidam "Sup Ani". Masa tu tinggal kat Segambut. Hari-Hari suami saya bawak saya ke Shah Alam untuk makan Sup Ani. Tapi masa mula-mula pregnant je. Lepas beberapa bulan saya jadi tak suka langsung.Satu lagi, saya suka sangat makan sambal ikan bilis time awal2 pregnant. Tapi saya tak larat nak masak sebab alahan teruk. Suami saya masak sampai hangit2 sambal tu tp saya bedal je sbb saya tak suka makan kedai time tu. Saya pernah juga mengidam ayam kampung. Masa tu tak silap bulan puasa. Hari-Hari suami bawak saya berbuka kat sana, siap bungkus lagi. Bukannya nak mengada-ngada ke apa, tapi tetiba teringin nak wat camne kan. hihi.

Mengidam disebabkan Hormon

Mengidam semasa hamil sebenarnya disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing. Keadaan sebigini sama seperti anda "period" di mana anda menginginkan makanan tertentu disebabkan oleh pengaruh hormon yg dialami ketika itu. Perubahan hormon kepada wanita memberi kesan kepada deria bau, rasa. Namun, sebab sebenarnya masih tidak dapat dipastikan. Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yg berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab kenapa ibu hamil mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

Mengidam kerana Kekurangan Zat Makanan dan Vitamin

Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya. Kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yg mencetuskan rasa mengidam. Sebagai contoh, mengidam makanan laut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan Kalsium dan Sodium. Bagi yg mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan Magnesium. Ada juga ibu hamil yang mengidam ais. Keadaan ini dikenali sbg pica. Ia sering dikaitkan dengan kekurangan Zat Besi.

Tapi jangan lupa kita kena kawal diri.Kalau mengidam benda-benda yang manis or makanan tak sihat tu jangan lah terlalu terikut-ikut sangat sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan kandungan. Di bawah ni saya kongsikan jadual pemakanan yang sihat mengikut makanan yang diidam.
Kenapa Ibu Hamil Mengidam, Ibu Hamil Kurang zat makanan dan

Amalan Semasa Hamil

  • Sarapan setiap pagi bagi mengelakkan rasa mengidam yang lebih teruk.
  • Lebih kerap melakukan senaman yang selamat untuk ibu hamil.
  • Mengamalkan Diet yang sihat dan makanan yang diambil setiap hari adalah pelbagai.
  • Mengamalkan supplement atau vitamin (lihat sini untuk Supplement Hamil Shaklee)
Pada pendapat saya bagus mengidam nie. Kalau kita tak mengidam kita pun tak tahu apa yang kurang dalam badan kita kan. Badan kita lebih tahu apa yg kita nak. Mengidam nie salah satu cara badan kita berinteraksi dan berkomnikasi dengan kita. Betul tak?
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

08/04/2014

5 Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin


Assalamualaikum..

Sakit Kontraksi semasa bersalin memang tak boleh dielakkan. Saya masih ingat doktor offer saya epidural untuk kurangkan sakit tapi saya menolak atas nasihat mak saya. Nurse hanya beri ubat tahan sakit yang biasa je. Mak risau sebab saya pernah ada sejarah semasa saya kecil, air tulang belakang saya telah diambil  semasa demam panas. Risau mak saya kalau-kalau epidural tu akan beri kesan negetif kepada kesihatan saya terutama tulang belakang saya. 

Saya ada membaca 1 artikal iaitu kaedah menahan sakit secara natural, tanpa bantuan ubat. Suka saya nak kongsikan kepada anda yang tidak mahu menggunakan dadah sintetik, anda boleh cuba panduan nie untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa sakit kontraksi.

5 Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersallin

5 Teknik Kurangkan Sakit ketika Bersalin

1. Berkedudukan Tegak

Semasa kontraksi awal, sokong tubuh pada permukaan yg berhampiran. Anda boleh bersandar pada dinding, kerusi atau katil hospital. Jika perlu anda boleh juga melutut.

2. Duduk Menghadap Hadapan

Duduk berhadapan belakang kerusi dan sandarkan diri pada kusyen atau bantal. rehatkan kepala anda pada lengan yang disilangkan di atas belakang kerusi.

3. Melutut ke Hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda dijarakkan dan direhatkan tubuh dengan himpunan bantal yang banyak. Cuba selesakan diri jika memilih kaedah ini.

4. Posisi Merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvis anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan sesekali lengkungkan badan.

5. Teknik Meniup

Jangan meneran selagi jururawat tidak menyatakan pintu rahim anda terbuka sepenuhnya iaitu 10cm. Ketika kontraksi sebut huf.. huf.. huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arah punggung atas.

Sakit Kontraksi memang tak dapat dielakkan tetapi kita boleh mengurangkan rasa sakit tersebut. Jangan lupa ambil supplement untuk tenaga seperti ESP. Selain tu, jangan lupa berzikir dan menyebut nama Allah. InsyaAllah kita sbg ibu pasti dapat mengharungi rasa kesakitan tu dengan tenang.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

07/04/2014

Bagaimana Rasa Sakit Kontraksi Sebenar ?


Assalamualaikum...

Walaupun dah nak masuk anak yg kedua dan ada yg dah nak masuk ketiga, tapi ramai pulak kawan-kawan saya yg mesti tanya "macam mana nak tahu kontraksi ke tak ye". Yelah jarak anak pertama dengan kedua pun dah dua tiga tahun, memang mudah je nak terlupa dan kadang-kadang 'confius'. Ada juga yang tiada pengalaman langsung atau tak sempat nak merasai sakit kontraksi kerana melahirkan anak secara 'ceasorean' dan ada yang terus di 'induce'.

Untuk memudahkan ibu-ibu diluar sana, saya tulis entry nie khas utk anda. Jadi setiap kali pregnant je bolehlah baca entry saya nie.hihi.....

Apa itu "KONTRAKSI"

Bagi ibu baru yang belum pernah mengalami atau masih tak mengetahui apa itu kontraksi, untuk pengetahuan anda, kontraksi merupakan salah satu petanda bahawa proses kelahiran sudah bermula. Masa ni dah boleh mula kumpul tenaga dari segi mental dan fizikal. Makan ESP pun bagus nie untuk lebih dan sentiasa bertenaga.

Bagaimana Rasa Sakit KONTRAKSI

-Sakit kontraksi mungkin bermula sebagai satu sakit belakang biasa

-Anda mungkin akan mengalami kontraksi dalam perut, seakan-akan anda sedang senggugut

-Apabila kontraksi semakin kerap, anda dah boleh mula mencatat masa

-Jangan risau atau panic atau tergesa2 utk ke hospital, kecuali kontraksi yg dialami sangat kerap iaitu selang 5 minit, anda akan berasa sangat sakit. 

-Ukur masa kontraksi selama sejam

-Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. 

-Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila kelahiran disahkan.

-Bermula dari saat mengalami kontraksi, anda digalakkan melakukan pergerakan tetapi lakukannya dengan berjalan perlahan-lahan. Boleh berehat sebentar, tetapi jangan baring di atas katil terlalu lama kerana ini boleh melambatkan proses kelahiran bayi anda.

-Untuk hilangkan rasa berdebar atau sakit, anda boleh menenangkan diri dengan mandi menggunakan air suam. Telan B Complex untuk rasa lebih tenang. Tetapi kalau air ketuban dah pecah jangan lakukan ye. Terus je ke hospital. 

Bagi ibu - ibu yang 'CONFIUS' samada kontraksi tersebut adalah PALSU (BRAXTON HICKS) atau SEBENAR. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan KONTRAKSI BRAXTON HICKS dan KONTRAKSI SEBENAR

Bagaimana Rasa Sakit Kontraksi ?, Kontraksi, Braxton Hicks, Ibu Hamil, ESP, B Complex

Semoga perkongsian ini membantu bakal- bakal ibu. Selamat menyambut baby baru dan enjoy pengalaman kontraksi anda kerana ia pengalaman yang sangan manis dan berharga buat anda.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

06/04/2014

14 Tips Persiapan Fizikal sebelum Bersalin


Assalamualaikum....

Teringat pengalaman saya melahirkan mia. Saya memang sedaya upaya mempersiapkan diri saya dengan fizikal yang kuat. Saya risau sebab saya mempunyai sejarah kesihatan yang tidak berapa baik sebelum - sebelum nie. Saya berharap saya berkemampuan terutama dari segi fizikal supaya kelahiran anak saya berjalan lancar. Alhamdulilah,  dengan izin Allah SWT segalanya berjalan lancar dan mia lahir sihat :)

Mari saya kongsikan beberapa tips dari pembacaan saya untuk ibu - ibu supaya anda lebih bersedia dari segi fizikal.

Persiapan fizikal sebelum bersalin, tips bersalin


1. Pastikan kelengkapan ke hospital telah disediakan dari awal. Letakkan beg kelengkapan anda, bayi dan suami anda dalam but kereta sebaik sahaja kandungab melepasi trimester kedua.

2. Pastikan berat badan tidak naik berlebihan. Makan makanan seimbang supaya bayi anda mendapat zat yang cukup dan badan lebih bertenaga semasa di bilik bersalin kelak.

3. Bermula dari awal trimester ketiga, anda digalakkan banyak bergerak seperti berjalan, turun dan naik tangga dan sbgnya. Amalan ini membantu anda memudahkan lagi proses kelahiran.

4. Tidur 8 jam sehari supaya anda mendapat rehat yg cukup supaya anda lebih bertenaga semasa bersalin nanti.

5. Amalkan berzikir, solat taubat dan solat hajat. Mohon agar dipermudahkan proses bersalin nanti dan bayi lahir sihat dan selamat. Amalakan zikir yang dibaca oleh nabi Yunus ketika di dalam perut ikan paus. "Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzalimin"....

6. Sebelum ke hospital, pastikan anda makan terlebih dahulu supaya lebih bertenaga semasa bersalin nanti.

7. Buku rekod kehamilan dibawa bersama-sama setiap kali anda keluar. Jika terpaksa bersalin sebelum tiba masa nya, atleast buku tu dapat membantu doktor yg akan menyambut kelahiran bayi anda. Doktor dapat mengetahui tahap kesihatan dan sejarah kesiahatan anda dan anak anda.

8. Pastikan anda menjaga kebersihan diri terutama di bahagian alat kelamin. Pastikan bulu dibahagian intim dicukur dengan sempurna di akhir-akhir trimester kehamilan. Anda boleh meminta bantuan suami anda.

9. Mohon maaf kepada suami, ibu bapa kandung dan mertua anda dan meminta mereka mendoakan kesejahteraan anda dan bayi anda.

10. Sentiasa menjaga dan mengawal corak pernafasan anda . Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskan melalui mulut. Tarik dalam - dalam dan lepaskan sedikit - sedikit terutama ketika kontraksi.

11. Simpan tenaga anda untuk meneran pada waktu sepatutnya. Meneran pada waktu kontraksi sahaja kerana pada waktu tersebut bayi dapat ditolak dengan baik. Anda juga perlu meneran bila bukaan serviks mencapai 10cm. Jika anda lakukan sebelumnya ditakuti rahim anda akan membengkak.

12. Meneran tanpa mengeluarkan suara atau menjerit. Teknik tersebut akan memenatkan anda dan tidak membantu menolak bayi untuk keluar dengan lancar.

13. Jika bekerja, dapatkan cuti lebih awal supaya anda dapat berehat dan mengelak dari stress.
Semoga tips2 nie membantu ibu - ibu diluar sana.

14. Ambil supplement untuk tenaga sebelum masuk ke bilik bersalin supaya bertenaga semasa meneran. Klik sini untuk supplement tenaga.

Semoga tips nie membantu anda terutama yang baru pertama kali menyambut cahaya mata.

 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order "Produk Shaklee" klik sini 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7f018eb7b301a66658931cb8a93fd6e8
Selepas order hubungi kami untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.

Dengan pembelian VIVIX LEBIH DARI SEBOTOL anda bakal mendapat KEAHLIAN PERCUMA!!!

Untuk Daftar Ahli klik sini
http://ladysara84.blogspot.com/p/register-form.html
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya: 
Siti Sarah Mohamad Nor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ] 
♥ Contact No :017 202 3543
 ♥ Emel : ladysara84@yahoo.com 

KLIK DI SINI UNTUK BELIAN SECARA ONLINE!

Contact Form

Name

Email *

Message *