Assalamualaikum....
Sejak akhir-akhir nie ramai pula kawan-kawan yang dah pregnant. Macam dah rancang sama-sama je..hihi....Ada yang nak masuk anak ke-2 dan ada juga yang baru pertama kali pregnant. Alhamdulillah murah rezeki kawan-kawan.Tahniah kepada kawan-kawan saya ye dan saya doakan semoga selamat sehingga kelahiran nanti.
Teringat masa pertama kali saya pregnant dulu. Saya pregnant setelah 3 bulan berkahwin. Lepas sebulan tak pregnant orang dah start tanya bila nak ada baby.Seperti pasangan lain saya dan suami memang mahukan zuriat selepas berkahwin. Bila dah sebulan kosong tu saya mula google sana sini macam mana nak senag hamil dan saya terbaca satu blog nie supaya mengambil asid folic. Alhamdulillah setelah sebulan mengamalkannya saya disahkan pregnant. Tapi bukan bermaksud dengan mengambil asid folic sahaja kita boleh pregnant k. Ia bergantung kepada diri masing-masing dari segi tahap kesihatannya, hormon serta nutrisi dalam badan kita. Bagi saya untuk merancang kehamilan kita perlu memastikan diri kita dalam keadaan sihat dan memastikan badan cukup nutrisi.
Bagaimana kita nak tahu apa nutrisi yang kurang dalam badan kita dan kenalpasti samada kita dalam keadaan sihat atau tidak. Dulu saya cetek ilmu. Saya hanya gunakan kaedah try n error...tapi nasib baiklah menjadi. Sepatutnya kita perlu mengambil supplement yang lengkap dengan nutrisi dan kenalpasti vitamin apa yang boleh membantu untuk kehamilan.
Di sini saya kongsikan sdikit berkenaan kehamilan....
Bagaimana kehamilan berlaku???
Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ). Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ). Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.
Apa yang menyebabkan Ketidaksuburan???
- Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
- Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
- Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.
Selain itu faktor umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga,
terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol,
penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon juga boleh menyebabkan ketidaksuburan.
Apa supplement untuk hamil???
Soy Protein Isolate Powder (ESP),
Vita-lea,
B complex,
vitamin C,
Alfalfa,
GLA,
Vitamin E,
Zinc
Apa fungsi setiap supplement yang membolehkan kita hamil????
ESP
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid
amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. ESP merupakan sumber
protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah
lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara
klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C.
Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan
dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dlm tubuh badan.
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga
kuliti sel sperma. Sperma yg tidak tidak sihat dan tidak tangkas akan
bermasalah utk bersenyawa dgn ovum
Vita-Lea With Iron Formula
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan
oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh
membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri
perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg)
dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran
vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh
menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan
kecacatan tiub neural
Zinc complex
Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg
zinc (zinc gluconate). Unutk isteri, zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan
secara efisien hormon estrogen dan progestron, sekaligus mengurangkan risiko
keguguran di awal kehamilan. Bagi suami pula, pengambilan zinc membantu dari
segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron
Vitamin E complex
Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain
dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari
membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu
anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih
berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan
menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga
membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu
suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta
mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu
menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.
GLA Complex
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid
lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta
mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil
memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt
ditingkatkan. Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam
serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya
ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg
subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5
hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku
walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.
Alfalfa
tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat
keperluan harian tubuh manusia. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya
yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti
kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance
libido).Ia juga memberi kelegaan semasa haid . Untuk suami pula, ia
meningkatkan stamina seorang suam
InsyaAllah bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata tu bolehlah mencuba supplement tersebut mengikut keperluan dan masalah masing-masing serta megikut kemampuan kita.
.* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
Siti Sarah Mohamad Nor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 860157 ]
♥ Contact No :017 202 3543
♥ Emel : ladysara84@yahoo.com